SEJARAH PUSAT SUMBER

Asalnya PSS bermula dari perpustakaan sekolah. Pada tahun 1981 perpustakaan SMK Seri Tanjong berlokasi di Bilik SPBT sekarang. Dengan keluasan ruang yang agak terhad, perpustakaan ini pada mulanya dikendalikan oleh seorang pekerja yang bernama Encik Manaf.


Seterusnya perpustakaan ini dikendalikan oleh Pn.Hjh Azizah binti Yassin iaitu mantan Pengetua SMK Seri Tanjong sehinggalah beliau berpindah dari SMK Seri Tanjong. Semasa perpindahan Pn Hjh Azizah, perpustakaan ini dikendalikan pula oleh seorang guru lelaki iaitu Encik Bakhit. Ketika itu perpustakaan SMK Seri Tanjong berubah lokasi ke bangunan PSS sekarang.


Bagai sirih pulang ke ganggang, Pn Hjh Azizah kembali bertugas semula di SMK Seri Tanjong dan seterusnya diberikan kepercayaan semula memegang jawatan sebagai penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Bagaimanapun, kemurahan rezeki berpihak kepada Pn Hjh Azizah apabila dinaikkan pangkat. Maka bertukarlah guru PSS kepada Pn Lee Lee Hua memegang jawatan Penyelaras PSS yang baru. Di ketika ini, di dalam PSS terdapat begitu banyak koleksi buku yang dibeli untuk kegunaan para pelajar.





Pada Tahun 2006, hadirlah pula seorang guru lelaki sebagai Guru Media. Guru ini bernama Encik Shamsir bin Johari. Berbekalkan pengalaman sebagai Guru Media, maka PSS dinaiktaraf dan juga disediakan kemudahan bilik komputer yang diberi nama Siber Sentral dan juga Bilik Tayang. Dengan kemudahan yang semakin selesa PSS sentiasa menjadi tumpuan pelajar dan semakin banyak koleksi buku.


No comments:

Post a Comment